Harimau Malaya Tunduk Kepada UAE 1-2

KUALA LUMPUR – Malaysia bermain bertungkus lumus namun Emiriah Arab Bersatu (UAE) muncul pasukan lebih baik dengan menumpaskan Harimau Malaya 2-1 dalam perlawanan Kumpulan G Pusingan Kelayakan Kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di  Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. 

Pemain hadapan, Ali Ahmed Mabkhout muncul wira malam ini berikutan tendangan kemenangan bergandanya pada minit ke-43 dan ke 75 bagi menginspirasi kemunculan semula pasukan UAE, Al-Abyad.

Pemain Harimau Malaya, Muhammad Syafiq mengejutkan UAE dengan gol pembukaan selepas 36 minit bila beliau menanduk lintasan cantik dari Matthew Davies, memberikan satu permulaan sempurna.

Malaysia mencatat kemenangan 3-2 menentang musuh ketat serantau Indonesia di Jakarta Khamis lepas.  

Dalam satu lagi perlwanan Kumpulan G malam ini, Thailand membelasah Indonesia 3-0 di Gelora Bung Karno.

Malaysia dan UAE ketinggalan satu mata di belakang Thailand dengan empat mata sementara Vietnam di tempat keempat dengan satu mata dan Indonesia tanpa sebarang mata berada paling bawah.