Harimau Malaya Perbaiki Kedudukan

KUALA LUMPUR – Kejayaan Harimau Malaya mencatat kemenangan agregat 12-2 ke atas Timor Leste selain menewaskan Nepal membolehkan skuad kebangsaan melonjak sembilan anak tangga untuk berada kedudukan ke-159 dunia.

Kedudukan terbaharu tersebut dikemaskini oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Sebelum ini, Harimau Malaya menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 2 Jun lalu.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu meneruskan kecemerlangan apabila menewaskan Timor Leste 7-1 dalam pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di venue yang sama pada 7 Jun lalu sebelum melakar kemenangan 5-1 dalam aksi timbal balik di venue yang sama empat hari kemudian.