Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Roti Kari Golden Pillow!!

Haaaaa korang pernah tak makan roti yang dalam dia ada kari, haa mesti...

Remaja Maut Dipercayai Terkena...

NILAI - Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik berhampiran gelanggang...

Pendaki Hilang Di Gunung...

BAU - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini berjaya menemukan seorang remaja...

40 Bangkai Anak Harimau...

BANGKOK - Pihak berkuasa hidupan liar Thailand menemui 40 bangkai anak harimau dalam...

Harimau Malaya Jatuh Ke Ranking 168 Dunia

KUALA LUMPUR – Ekoran kegagalan mendapat keputusan kurang memberangsangkan ketika aksi persahabatan pada Piala Airmarine baru-baru ini mempengaruhi kedudukan ranking pasukan negara.

Dalam aksi tersebut menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe tewas di tangan Singapura sebelum menundukkan Afghanistan untuk menduduki tangga ketiga.

Ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan skuad kebangsaan turun satu anak tangga ke kedudukan ke-168, di mana sebelum ini berada di tangga ke-167.

Ranking terkini yang dikeluarkan FIFA kelmarin juga menyaksikan Harimau Malaya berada di kedudukan berbeza dengan pasukan Asia Tenggara lain, berbanding Vietnam (98), Thailand (114), Filipina (124), Myanmar (140), Indonesia (159) dan Singapura (160).

Meskipun pelbagai program pembangunan dan perancangan yang dikendalikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memperbaiki kedudukan pasukan kebangsaan namun semuanya setakat ini dilihat belum mencapai matlamat apabila tidak banyak membantu meningkatkan ranking pasukan negara.

Kategori