Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Reka Cerita Kena Culik,...

AKIBAT mengalami tekanan perasaan kerana terpaksa menumpukan pelajaran, seorang pelajar tingkatan 1 sanggup...

Tunku Azizah Pecinta Warisan...

KUALA LUMPUR - Minat mendalam dan kesedaran mengenai pentingnya identiti sesebuah masyarakat, mendorong...

Seorang Lelaki Tahanan Sosma...

SHAH ALAM - Seorang lelaki berumur 38 tahun yang ditahan mengikut Akta Kesalahan...

Polis Tahan 4 Lelaki,...

GEORGE TOWN - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai dalam perjalanan melakukan kegiatan...

Harimau Malaya Boleh Menang Di Bangkok Jika Kekalkan Corak Permainan

SEPANG – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman optimis skuad negara mampu mencatat kemenangan menentang Thailand dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Bangkok, Rabu ini, jika mengekalkan corak permainan yang dipamerkan malam tadi.

Beliau berkata dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, Malaysia memiliki banyak peluang menjaringkan gol menerusi Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamadou Sumareh, namun nasib tidak menyebelahi skuad negara sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

“Pada masa sama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lebih 87,000 penyokong skuad Harimau Malaya yang membanjiri stadium dengan sorakan yang boleh menggegarkan stadium,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi majlis sambutan kontinjen negara daripada pertandingan Worldskills Asia (WSA) 2018 di Abu Dhabi.

Beliau berkata sokongan daripada penyokong turut memainkan peranan penting dalam menaikkan semangat skuad Harimau Malaya. – BERNAMA

Kategori