Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sengaja Masuk Pusat Mengundi...

BIADAB... Timbul kekecohan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2, ibu...

20 Rumah Di Kampung...

SHAH ALAM - Kira-kira 20 rumah dinaiki air akibat kejadian banjir dan fenomena...

Jangan Lakukan Kesalahan Undang...

KANGAR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin malam...

Malaysia, Indonesia Rangka MoU...

BANGI - Malaysia dan Indonesia kini sedang bekerjasama untuk merangka perjanjian persefahaman di...

Harimau Bintang Pupus Muncul Selepas 30 Tahun

TAITUNG – Satu spesies harimau bintang yang dipercayai pupus sepenuhnya kini didakwa masih wujud di kawasan tenggara Taiwan buat pertama kali selepas lebih 30 tahun, lapor portal berita rt.com (Russia Today).

Harimau bintang jenis Formosan clouded itu secara rasminya diisytiharkan pupus pada tahun 2013 selepas gagal dikesan sejak 1983 dan satu kajian selama 13 tahun oleh ahli zoologi turut gagal menemui haiwan tersebut.

Bagaimanapun, beberapa penduduk tempatan di pekan Daren, Taitung yang terletak di tenggara Taiwan mendakwa ada ternampak kucing besar itu sejak beberapa bulan lalu sekali gus menyebabkan sekumpulan renjer hutan kini menjalankan pemantauan di situ.

Pasukan renjer itu melaporkan ada melihat kelibat sekawan harimau bintang dalam dua kejadian berbeza.

Kumpulan penyelidik kini bekerjasama de­ngan penduduk tempatan untuk melindungi kawasan itu daripada pemburu haram, kata ketua kampung itu, Kao Cheng-chi.

Profesor Liu Chiung-hsi dari Jabatan Sains Kehidupan, Universiti Kebangsaan Taitung pula yakin haiwan itu masih belum pupus.


Dalam pada itu, Ke­tua Persi­dangan Puak Alangyi, Pan Chih-­hua mengesahkan kepada rang­kaian televisyen Channel News­Asia (CNA) bahawa beberapa penduduk ada melihat haiwan itu di hutan, namun enggan mendedahkan masa dan lokasi kejadian.

Harimau bintang For­mosan clouded berwarna kelabu gelap diisytiharkan terancam sejak tahun 2008. – Agensi

Kategori