Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Prosiding RCI Forex BNM...

PUTRAJAYA - Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata...

PM Umum Peruntukan RM7...

SERDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan...

Kajian Menyeluruh Bakal Dibuat...

KUALA NERUS - Satu kajian menyeluruh akan dilakukan untuk mengatasi hakisan pantai di...

182 Laporan Penipuan Tawaran...

PETALING JAYA: Sebanyak 182 laporan polis diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan warga...

Hari Kekasih Versi Islamik, Pelajar Agih Tudung Percuma?

SEKUMPULAN pelajar universiti di Pakistan berhasrat untuk mengubah sambutan Hari Kekasih yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun agar bersesuaian dengan agama Islam.

Diubah kepada Sister’s Day, pelajar dari Universiti Pertanian di Faisalabad itu bakal mengagihkan tudung serta selendang kepada pelajar wanita pada hari itu.

Ujar mereka, perubahan itu selari dengan hasrat untuk menggalakkan tradisi Islam dan budaya timur dalam kalangan pelajar.

Pada 2017, negara itu melarang Hari Kekasih disambut secara terbuka oleh rakyatnya.

Malah, sebarang laporan media mengenainya juga tidak dibenarkan sama sekali sambil menyifatkan sambutan itu bukan budaya Islam.

“Kita semakin melupakan budaya sendiri, budaya barat pula sedang bercambah dalam masyarakat.

“Dalam budaya kita, wanita dihormati sebagai kakak, ibu dan isteri.


“Jadi kami mahu mengagihkan tudung serta selendang kepada pelajar perempuan pada 14 Februari nanti,” ujar naib canselor, Zafar Iqbal.

Malah katanya, sambutan Sister’s Day juga bertujuan untuk mengangkat martabat dan kehormatan kaum hawa.

Dalam pada itu, wujud segelintir pihak yang mengkritik idea universiti itu untuk mengubah sambutan Hari Kekasih.

Bantahan itu disuarakan menerusi laman sosial yang mana mereka berkata, banyak lagi hak wanita yang perlu diperbaiki di negara itu berbanding melakukan sambutan Sister’s Day sahaja. – The Indipendent

Kategori