Hargai Jasa Anggota Bomba ‘Frontliners’ Kekang Covid-19

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan ucapan terima kasih kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berada di barisan hadapan, bersama petugas lain dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Justeru itu, Seri Paduka bertitah agar rakyat menghargai jasa anggota bomba kerana pasukan itu sanggup mempertaruh keselamatan diri, demi menyelamatkan nyawa orang lain.

“Beta menyanjung tinggi dan menghargai pengorbanan seluruh anggota JBPM yang memikul tugas serta tanggungjawab tanpa mengira masa dan penat lelah.

“Beta ingin menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada seluruh anggota JBPM kerana melaksanakan tugas dengan berani dan penuh dedikasi dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat,” titah baginda.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Istana Negara sempena Hari Anggota Bomba Sedunia 2020, hari ini.

Sempena sambutan itu, sebanyak 316 balai bomba seluruh negara membunyikan siren selama 30 saat pada 12 tengah hari tadi, diikuti dengan bertafakur bagi memperingati anggota bomba yang terkorban dan tercedera ketika bertugas.

Hari Anggota Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun.

Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memuji komitmen anggota JBPM ketika berhadapan dengan tempoh krisis COVID-19 ketika ini.

“Sempena Hari Bomba Sedunia yang disambut hari ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh anggota JBPM. Terima kasih. Andalah wira negara!” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Loading...