Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Obama Akui Peminat Tegar...

KINGSTON – Lawatan kali pertama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Jamaica...

K’jaan Digesa Bawa Masuk...

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta...

MH128 Dijangka Pulang Ke...

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines Berhad penerbangan MH128 dijangka akan pulang ke...

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat,...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di tiga buah negeri iaitu Sabah, Johor dan Kelantan semakin...

Harga Songket, Batik Jangan Macam Proton Saga

PENGUSAHA batik dan songket di negara ini disarankan agar bijak meletakkan harga berpatutan dan berdaya saing bahan itu demi menaikkan kembali minat penggemarnya terutama rakyat tempatan, sekaligus merancakkan kembali industri fabrik itu yang kini dikatakam suram.

Menyarankan demikian, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, terdapat keluhan terutama daripada penggemar dan peminat fabrik tersebut mengenai harganya yang kadang kala terlalu tinggi di pasaran hingga ‘menggerunkan’ mereka untuk membelinya.

Situasi itu katanya, menyebabkan ramai di kalangan mereka beralih ke fabrik tiruan daripada negara luar kerana dikatakan jauh lebih murah dan berpatutan.

“Jika saya sendiri pun kalau harga songket atau batik sama dengan sebuah kereta Proton Saga, saya pun akan pilih yang lebih murah.

“Kita kena ingat sebab bukan semua orang mempunyai wang yang banyak untuk memiliki songket atau batik yang sebegitu mahal,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus komuniti kraf daerah Besut di Desa Ukiran Kayu, di Besut, Terengganu pada Ahad.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) kementerian, Saraya Arbi; Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) kementerian, Datuk Haslina Abdul Hamid; dan Yang Dipertua Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia, Norhaiza Noordin.


Seramai kira-kira 100 orang usahawan dan penggiat seni ukiran kayu daerah Besut hadir pada majlis itu.

Dalam pada itu, Mohamaddin menyarankan lebih banyak jabatan kerajaan menggunakan seni ukiran kraf tempatan terutama di bangunan-bangunan yang baharu dibina bagi membantu penggiat seni ukiran kayu tempatan yang sering berhadapan kesulitan mengembangkan perniagaan.

“Ini tidak bermaksud semua bangunan kerajaan kena ditukar pintu atau daun tingkapnya dengan ukiran kraf… hanya bangunan yang baharu sahaja… mungkin boleh mulakan dengan bangunan jabatan-jabatan di bawah kementerian saya bagi tujuan itu,” katanya. – BERNAMA

Kategori