Harga RON97, RON95 Kekal, Diesel Turun 1 Sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal RM1.55 seliter dan RM1.25 seliter bagi tempoh esok sehingga 1 Mei ini.

Harga runcit diesel pula turun sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada
RM1.43 seliter kepada RM1.40 seliter bagi tempoh yang sama, kata kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan dilakukan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan yang sama.