Harga RON97 Naik Lagi 5 Sen Kepada RM2.68 Seliter

KUALA LUMPUR – Harga runcit RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.68 seliter bagi tempoh 13 April sehingga 19 April 2019.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 seliter RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 13 April 2019 sehingga 19 April 2019 sepatutnya RM2.38 seliter dan RM2.39 seliter.

Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Loading...