Harga RON97 Naik 4 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

17

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik 4 sen seliter iaitu daripada RM3.03 kepada RM3.07 seliter.

Harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter dan harga runcit diesel kekal pada RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga tersebut adalah bagi tempoh 13 sehingga 19 Januari, 2022.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” memetik kenyataan itu, pada Rabu.

Kerajaan pada masa sama akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Awani-