Harga RON97 Naik 11 Sen Kepada RM2.49 Seliter

11

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik 11 sen seliter kepada RM2.49 seliter.

Bagaimanapun harga bahan api bersubsidi RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism, harga RON95 bagi tempoh 29 Jun 2019 sehingga 5 Julai 2019 adalah RM2.19 seliter.

Harga diesel bagi tempoh tersebut pula sepatutnya RM2.28 seliter.

Kerajaan bagaimanapun memberikan subsidi kepada kedua-dua bahan api tersebut bagi mengekalkan harganya.