Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Enggan Beri Gambar Bogel,...

UQASHA Senrose kini lebih dikenali sebagai selebriti yang popular atas himpitan kontroversi berbanding...

PRU14: 5 Serangan Peribadi...

PEMBANGKANG Pakatan Harapan (PH) menjadikan berita palsu dan serangan peribadi sebagai senjata utama...

Belum Ada Penjawat Awam...

KOTA KINABALU : Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak menerima...

Solat Ghaib Dilakukan Buat...

MISTERI kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 selepas terputus hubungan dengan menara kawalan ketika penerbangan...

Harga RON95, RON97 Turun 4 Sen, Diesel Turun 5 Sen

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun empat sen bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan harga runcit RON95 turun daripada RM1.72 seliter kepada RM1.68 seliter.

Bagi RON97, harga turun daripada RM2.02 seliter kepada RM1.98 seliter.

Harga runcit diesel pula turun sebanyak lima sen seliter iaitu daripada RM1.87 seliter kepada RM1.82 seliter.

Harga minyak ini bermula tengah malam ini hingga 31 Julai depan.


“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – myMetro Online

Kategori