Harga RON95, RON97, Diesel Turun Lagi

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing turun sebanyak 7 sen dan 9 sen seliter berkuat-kuasa tengah malam ini hingga 20 Mac.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 turun 7 sen daripada RM1.89 sen seliter kepada RM1.82 seliter.

“Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 9 sen seliter iaitu daripada RM2.19 seliter kepada RM2.10 seliter,” katanya.

Manakala, harga runcit diesel turut menyaksikan penurunan sebanyak 9 sen seliter.

“Harga runcit diesel turun sebanyak 9 sen seliter iaitu daripada RM1.96 seliter kepada RM1.87 seliter,” katanya.

Kata kenyataan itu, ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pada masa ini dipengaruhi oleh ketidaksefahaman pengeluaran antara negara-negara pengeluar minyak utama dunia serta wabak Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global.

“Sebagai langkah untuk menstabilkan turun naik harga minyak kepada pengguna dan pada masa sama untuk mengimbangi ketidaktentuan hasil minyak kepada kerajaan, harga runcit bagi kedua-dua produk petrol RON95 dan diesel diturunkan masing-masing kepada paras RM1.82 seliter dan RM1.87 seliter.

“Di samping itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara terutamadalam menangani peningkatan kos sara hidup kesan daripada kenaikan harga,” katanya. – Sinar Harian

Loading...