Harga Petrol Turun 1 Sen Aje, Diesel Kekal Mahal!

HANCUR… Harapan tinggi rakyat Malaysia untuk nikmati harga runcit minyak lebih murah selama seminggu mulai jam 12 tengah malam ini nampaknya hanya tinggal harapan dan mimpi indah!

Apa tidaknya, ketika seluruh dunia semalam teruja menyaksikan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa terus jatuh akibat krisis politik di Amerika Syarikat, lain pula halnya di Malaysia, sebuah negara pengeluar minyak.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang awal tahun ini teruk dikutuk netizen kerana ‘makan’ duit subsidi minyak secara senyap daripada pengguna, hanya mengumumkan penurunan sebanyak 1 sen seliter bagi dua jenis petrol.

Ini bermakna harga runcit untuk RON 97 dan RON 95 masing-masing akan cuma menjadi RM2.22 dan RM1.92 sen sahaja bermula tengah malam ini sehingga pukul 11.59 malam 18 Januari depan.

Sementara itu, bagi harga diesel pula tanpa disangka boleh pula naik 1 sen seliter daripada RM2.04 seliter kepada RM2.05 seliter, sesuatu agak lucu kerana selama ini minyak jenis itu selalunya paling murah berbanding petrol.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, harga runcit produk petroleum konon akan diselaraskan semula pada setiap minggu dengan mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Ia ditiru daripada era pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang sering dikutuk pemimpin PH dan pada masa sama ambil kira pemasalahan pengusaha stesen minyak tanggung kerugian besar. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...