Harga Petrol RON97 Turun 9 Sen Seliter

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.59 seliter mulai esok sehingga 1 November ini.

Manakala RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama, masing-masing sepatutnya RM2.29 seliter, penurunan daripada minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.38 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.31 seliter.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 26 Oktober 2019 sehingga 1 November 2019 adalah berjumlah RM87.28 juta.

Loading...