Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Polis Percaya Cemburu Punca...

KUALA LUMPUR - Siasatan awal polis mendapati kejadian letupan bom di Kampung Baru...

Lelaki Dicungkil Mata Oleh...

BALOCHISTAN, Pakistan – Seorang lelaki dicungkil kedua-dua mata menggunakan sudu dalam satu serangan...

JDT Perkenal Jersi Baru...

JOHOR BAHRU - Pasukan bola sepak negeri Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkenalkan jersi...

2,814 Unit HR-V Honda...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn Bhd sedang memanggil balik 2,814 unit model...

Harga Petrol RON97 Turun 6 Sen Seliter

KUALA LUMPUR – Harga petrol RON97 turun sebanyak enam sen seliter kepada RM2.58 seliter mulai esok sehingga 27 Disember ini.

Mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit  RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing sepatutnya sebanyak RM2.28 seliter dan RM2.34 seliter masing-masing.

Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.34 seliter, manakala kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.32 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum bagi menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 21 Disember 2019 sehingga 27 Disember 2019 adalah berjumlah RM93.74 juta.

Kategori