Harga Petrol RON97 Turun 3 Sen Seliter

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter kepada RM2.62 seliter bagi tempoh 11 Januari hingga 17 Januari ini.

Manakala harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing sebanyak RM2.32 seliter dan RM2.46 seliter, penurunan dari minggu lepas.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan Program Subsidi Petrol.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 11 Januari 2020 sehingga 17 Januari 2020 adalah berjumlah RM122.85 juta.

Loading...