Harga Petrol RON97 Naik 1 Sen Seliter

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter daripada RM2.56 kepada RM2.57 sen seliter.

Ia harga bagi tempoh 9 November sehingga 15 November ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanisme (APM).

Bagi RON95, harganya runcitnya kekal pada paras RM2.08 seliter manakala harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya sebanyak RM2.27 seliter dan RM2.28 seliter.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 9 November 2019 sehingga 15 November ini adalah berjumlah RM79.39 juta.

Loading...