Harga Petrol Naik 7 Sen Seliter, Diesel Naik 3 Sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik sebanyak tujuh sen seliter kepada RM2.02 dan RM1.72.

Kenaikan itu bagi tempoh 11 Julai hingga 17 Julai ini.

Manakala harga runcit diesel naik sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM1.84 seliter kepada RM1.87 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, kenaikan itu dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan trend harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Kerajaan, tambahnya, akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Loading...