Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Golongan Agama Bantah RUU355...

KUALA LUMPUR - Umat Islam yang memiliki ilmu agama tetapi menentang usaha memperkasakan...

Pendingin Hawa Berpusat Hospital...

PUTRAJAYA - Sistem pendingin hawa berpusat di Hospital Selayang yang mengalami kerosakan sejak...

Tiada Rasa Segan Curi...

KOTA BHARU – Perbuatan tidak bermoral mencuri duit tabung masjid terus berlaku dan...

Siasatan Pihak Luar Menyalahi...

KUALA LUMPUR - Siasatan yang dijalankan pihak luar termasuk ejen Korea Utara berhubung...

Harga Minyak Terus Naik Sedikit Sahaja Seminggu Ini

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi tempoh seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak cuma naik sikit beberapa sen.

Ia memang diramal susulan peningkatan harga minyak dunia ekoran langkah Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) terus mengurangkan pengeluaran sekali gus menyaksikan permintaan melebihi penawaran.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu produk RON 95 cuma naik tujuh sen kepada RM2.38 seliter berbanding RM2.31 seliter pada minggu sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula juga ditetapkan hanya naik enam sen kepada RM2.66 seliter, daripada asalnya RM2.60 seliter pada minggu terdahulu.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari sama diumumkan meningkat lima sen sahaja kepada RM2.25 seliter, berbanding cuma RM2.20 seliter ketika tempoh minggu sebelumnya.

Baca: Syukur Harga Minyak Akhirnya AS$60 Setong

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 16 November sehingga 11.59 malam pada 22 November.

Mulai 29 Mac lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.


Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC

Kategori