Harga Minyak Petrol RON97 Kini RM2.56 Seliter

88

PUTRAJAYA – Harga runcit bagi minyak petrol RON97 turun sebanyak 11 sen seliter iaitu daripada RM2.67 seliter kepada RM2.56 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter manakala harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

“Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah masing-masing sebanyak RM2.26 seliter dan RM2.31 seliter.

Bagaimanapun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 27 Julai sehingga 2 Ogos depan adalah berjumlah RM90.48 juta.