Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RMK12 Akan Dibentang Di...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membentangkan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) 2021-2025 di...

Kendurian Dibatalkan, Ini Penjelasan...

SHAH ALAM - Susulan kecoh mengenai isu pembatalan kenduri makan durian besar-besaran, 'Kendurian...

3 Lagi Individu Bergaduh...

SHAH ALAM - Polis meminta tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam insiden...

Empat Sekeluarga Maut Kereta...

KUANTAN -- Empat sekeluarga maut selepas kereta Proton Waja yang dinaiki mereka bertembung dengan...

Harga Minyak Naik Tapi Ringgit Terus Jatuh

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang ringgit terus menurun meskipun harga minyak dunia melonjak pada paras tertinggi hampir 30 tahun susulan serangan di loji pemprosesan minyak utama Arab Saudi Sabtu lalu.

Sedangkan, kata Datuk Seri Najib Razak, kebiasaannya harga minyak dunia naik, ringgit juga akan meningkat.

Lantaran itu, ramai juga yang meramalkan ringgit akan naik seperti yang sering berlaku sebelum PRU14 akibat kenaikan harga minyak dunia.

“Malangnya ianya tidak berlaku hari ini. Walaupun harga minyak dunia melonjak begitu tinggi, nilai ringgit dibuka rendah pagi ini dan ditutup lagi rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lantas, bekas Perdana Menteri itu bertanya: “Adakah keyakinan pelabur terhadap Malaysia begitu teruk sekali sehingga nilai ringgit terus menurun walaupun harga dunia melonjak naik paling tinggi sejak hampir 30 tahun dahulu?”


Bernama melaporkan ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selaras dengan kebanyakan mata wang Asia disebabkan ketegangan di Timur Tengah dan mesyuarat Rizab Persekutuan yang akan datang telah mengurangkan selera untuk risiko.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.1810/1850 berbanding dolar US daripada 4.1630/1660 yang direkodkan pada Jumaat lepas.

Ringgit dibuka susut kepada 4.1710/1750 pada jam 9 pagi tadi berbanding dolar AS daripada 4.1630/1660 pada Jumaat. – MalaysiaGazette

Kategori