Harga Minyak Global Jatuh Lagi Hari Ini

TOKYO – Harga minyak jatuh sekali lagi dalam dagangan hari ini, meningkatkan lagi kerugian pada sesi sebelumnya selepas Amerika Syarikat mengharamkan perjalanan ke Eropah susulan pengumuman pandemik kepada penularan wabak koronavirus.

Ancaman limpahan bekalan minyak menjadi kebimbangan pasaran selepas Arab Saudi berikrar untuk meningkatkan pengeluaran minyak ke tahap lebih tinggi.

Minyak mentah Brent LCOc1 merosot AS$ 1.03, atau 2.9%, pada AS$ 34.76 oleh sekitar 0130 GMT yang sebelum itu keluar dan masuk dalam kedudukan positif sebelum pengumuman Amerika Syarikat. Harga kontrak jatuh hampir 4% pada hari Khamis.

Manakala minyak mentah Amerika Syarikat susut mentah AS$ 1.13, atau 3.4%, pada AS$ 31.85 selepas turun 4% pada sesi sebelumnya.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) diikuti Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran minyak selepas rundingan antara OPEC dan sekutu-sekutunya untuk mengurangkan bekalan minyak dalam pasaran tidak mendapat persetujuan Rusia.

Syarikat minyak kebangsaan UAE, ADNOC berkata, ia merancang untuk meningkatkan jualan mentah kepada lebih daripada 4 juta tong sehari dan mempercepatkan usaha untuk menaikkan kapasiti sebanyak satu per empat kepada 5 juta tong sehari. – Agensi

Loading...