Harga Kekal, Kerajaan Tangguh Turun Harga Minyak

RAKYAT sekali lagi diberikan harapan palsu apabila janji harga minyak lebih rendah bermula 1 Januari 2019 ditangguhkan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan harga runcit petrol RON95 kekalkan pada RM2.20 seliter untuk tempoh beberapa hari.

Pada masa sama, RON97 juga kekal RM2.50 selitar dan diesel RM2.18 seliter.

Katanya dalam kenyataan itu, pengekalan harga ini mengambil pandangan semua pihak.

Dipercayai kerajaan mengambil tindakan penangguhan ini susulan protes dikemukakan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang menentang mekanisme penetapan harga runcit petroleum secara mingguan.

“Sehubungan itu, pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri yang akan bermesyaurat pada 2 Januari 2019 dan dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan diperolehi ke atas permintaan PDAM.

“Dan juga memastikan penetapan harga runcit produk petroleum yang paling optimum. Perdana Menteri juga akan bertemu dengan PDAM dalam amasa terdekat,” kata Guan Eng.

Katanya lagi, penetapan harga runcit minyak baharu akan ditetapkan “sebelum akhir minggu pertama 2019.” – Mynewshub.tv

Loading...