Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anwar Tetap Calon Pilihan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor melalui institut penyelidikannya, Institut Darul Ehsan (IDE) mendakwa...

Ihya Ramadan: TNB Rai...

BANTING - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraikan penduduk Kampung Labohan Dagang, di sini...

Faiz Subri Perlu Tunggu...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata peminat bola sepak...

Wang Pengarah JSJ Di...

KUALA LUMPUR – Wang berjumlah AUD$320,000 (RM971,483) milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)...

“Haqiem Sudah Minta Maaf Secara Peribadi, Tetapi…”

PENYANYI dan komposer terkenal, Asfan Shah menjelaskan perselisihan faham antara dirinya dengan pencipta lagu berbakat besar, Haqiem Rusli telahpun menemui titik noktah.

Menurut Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, dia enggan perbesar perkara berkenaan malah lebih selesa ambil pendekatan untuk memaafkan Haqiem selepas penyanyi itu tampil memohon maaf kepadanya.

“Sejujurnya apa yang terjadi itu cuma salah faham dan tiada isu besar pun. Haqiem pun sudah minta maaf secara peribadi dengan menelefon saya dan kami sudah berbaik.

“Jadi kalau boleh saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini kerana apa yang terjadi adalah sudah diselesaikan dengan baik,” kata Asfan dipetik Astro Gempak.

PENYANYI dan komposer terkenal, Asfan Shah.

Pun begitu, penyanyi lagu Fatamorgana Cinta itu berkata, apa yang menjadi isu sekarang adalah netizen kerana mereka lebih suka memanjangkan hal tersebut sedangkan masalah antara kami telah selesai dengan baik.


Baca: Haqiem Akui Terkilan, Mohon Netizen Henti Kecam

Terdahulu, Asfan meluahkan rasa kurang senangnya apabila Haqiem dikatakan menuduh Asfan menciplak lagu ciptaannya. Walau bagaimanapun, dakwaan itu telah ditepis oleh Haqiem.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli memberitahu dia tiada langsung niat mahu menuduh Asfan sebaliknya pandangannya itu telah disalah erti oleh beberapa pihak. – MYNEWSHUB.CC

Kategori