Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Kedah Buka 37...

ALOR SETAR – Polis Kedah membuka 37 kertas siasatan Pilihan Raya Umum Ke-14...

Gempar Syed Saddiq Jadi...

KONON mahu jadi hero namun entahlah siapakah 'guru lawak' kepada Ketua Armada Parti...

Calon Umur 18 Tahun...

KUALA LUMPUR - Mengundi pada usia 18 tahun masih boleh diterima namun menjadi...

Imigresen Serbu Pusat Hiburan...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyerbu sebuah pusat hiburan elit di...

Haqiem Rusli Beli ‘Lancer’ Hasil Titik Peluh Sendiri

KETIKA ini nama penyanyi, Haqiem Rusli sering kali berada di bibir para peminat apabila dua lagunya, Segalanya dan Tergantung Sepi menerima sambutan yang baik.

Bukan sahaja berbakat dalam nyanyian malah dalam masa yang sama Haqiem turut bagus dalam penciptaan lagu hingga menjadi perhatian penyanyi dan komposer sedia ada.

Terbaharu, bekas peserta Idola Kecil musim pertama ini berkongsi rasa gembira apabila hajat untuk memiliki sebuah kereta sedan jenis Mitsubishi Lancer yang diidamkan telah tercapai.

Apa yang lebih membanggakan, kereta tersebut dibeli secara tunai menggunakan hasil daripada wang titik peluh sendiri yang dikumpul sedikit demi sedikit sejak bergelar penyanyi.

“Saya memilih untuk tidak berhutang dan membeli secara tunai dan rasa puas dapat memiliki kereta idaman hasil daripada titik peluh sendiri.

“Memang hajat saya hendak memilik sebuah kereta dan Alhamdulillah hasrat itu tercapai,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, penyanyi ini berkata pada awalnya dia tidak pernah berhasrat untuk membeli Mitsubishi Lancer kerana lebih tertarik dengan kereta jenis Honda city.

Namun akhirnya, dia akur juga selepas ibunya sendiri yang mencadangkan agar membeli kereta jenis itu.

“Secara dasarnya ia adalah pilihan ibu saya kerana saya mulanya nak beli Honda City sahaja. Dah ibu yang mencadangkan saya pun setuju sahaja,” ujarnya.

Berita gembira itu dikongsi oleh Haqiem sendiri menerusi laman Instagram dengan memuat naik foto kereta berkenaan.


Thank you! @kacey_legacy 💯 #MyFirstCar #Lancer NAK SAYA BAWAK JALAN TAK?😬

A post shared by @haqiemrusli98_ on

Rata-rata netizen memuji dan berkongsi rasa gembira melihat kejayaan yang dicapai oleh penyanyi ini.

Sementara itu, Haqiem mengakui bahawa masih belum mempunyai lesen memandu dan akan mendapatkannya secepat mungkin bagi membolehkan dia memandu kereta tersebut.

“Dah lama saya merancang untuk ambil lesen tetapi kesibukan menghadiri undangan persembahan membataskan masa saya berbuat demikian.

“Buat masa sekarang pembantu saya akan memandu kereta itu jika saya hendak ke mana-mana tetapi dalam masa terdekat ini memang saya akan ambil lesen.

“Sayang juga ada kereta tetapi tidak boleh memandu malah ibu saya pun dah suruh saya segera ambil lesen,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori