Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Myvi Acu Pistol...

MELAKA : Seorang mekanik berdepan detik cemas selepas diacukan sepucuk pistol di kepalanya...

Ramadan: Perlis Sumbang RM4.5...

KANGAR - Kerajaan negeri Perlis memperuntukkan RM4.5 juta untuk 30,521 umat Islam di...

Penasihat Umum PAN Dakwa...

KUALA LUMPUR - Penasihat Umum Parti Amanah Negara (PAN), Ahmad Awang mendakwa beliau...

NS Exco Ikrar Bantu...

SEREMBAN - Pengalaman menjadi mangsa gangguan seksual mendorong Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal, Keluarga...

Hapus GST Punca Dasar Ekonomi PH Jadi Kalut

BONGKAR… Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan diayah jahat kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam isu dasar ekonomi.

Ini termasuk kononnya projek ERCL tidak menguntungkan rakyat, walhal jika pelaksanaan projek itu diteruskan, kegiatan ekonomi akan melonjak, wujudnya peluang pekerjaan dan meningkat harga tanah di sekitar kawasan.

Sememangnya menurut beliau, projek pengangkutan awam seperti ini tidak akan mencatatkan keuntungan dari segi pengoperasiannya, dan perkara ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi juga di negara-negara maju sendiri.

“Sebab itu, kita sebagai rakyat kena faham. Jangan termakan dengan segala diayah dan fitnah daripada PH yang mengatakan bahawa projek ECRL ini dibatalkan kerana konon ia tidak menguntungkan penduduk.

“Saya mahu beritahu, contohnya projek Lebuhraya Utara Selatan zaman Tun Dr. Mahathir dahulu, sampai sekarang kita masih belum mampu beri tol percuma kepada rakyat kerana ada kos-kos yang perlu ditanggung.

“Jadi apakah PLUS hari ini telah dapat untung secara keseluruhan dari segi pengoperasian lebuh raya tersebut?Tetapi, apa yang perlu dilihat ialah selama 20 tahun lebih lebuh raya ini wujud.

“Tidak ada orang yang boleh menidakkan sepanjang ia wujud, telah membuka ruang yang cukup besar untuk kawasan di pantai barat menjadi sebuah kawasan berdaya maju seperti apa yang kita lihat hari ini.

“Begitu jugalah dengan jajaran laluan kereta api. Ke mana saja laluan tersebut melintasi sesebuah kawasan, pastinya ia akan membawa limpahan kemajuan serta peluang ekonomi di kawasan-kawasan itu,” tegas Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam program Diskusi U3.0 yang bersiaran langsung melalui laman Facebook rasmi UMNO Online yang membawakan tajuk ‘Pengurusan Ekonomi Kerajaan PH’.

Diskusi secara santai tersebut turut disertai bersama-sama Kapten (B) Rahmat Omar, seorang pemerhati politik tanah air dan Datuk Dr Nor Azizan Abdul Majid sebagai moderator.


Mengulas lanjut Abdul Rahman berkata, inilah keberanian kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini untuk melakukan satu pelaburan besar demi kepentingan rakyat di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ini memastikan penduduk terbabit mendapat pembaharuan dari sudut ekonomi yang tidak pernah dikecapi sewaktu pemerintahan pemimpin sebelum Najib sendiri sehingga kehidupan mereka jauh ketinggalan.

“Najib dan anggota jemaah menteri BN telah membuat satu keputusan yang tepat demi pembelaan ekonomi yang selama ini tidak pernah mereka kecapi. Tetapi malangnya, kerajaan PH telah buat keputusan untuk batal GST.

“Ini bakal menyebabkan kerajaan kehilangan RM21 bilion, dan tidak mampu untuk membuat bayaran balik ERCL yang hanya berjumlah empat ke lima bilion sahaja setahun akibat kehilangan RM21 bilion dana negara.

“Boleh saya katakan, akibat membatalkan GST lah menyebabkan kerajaan hari ini mempunyai masalah kewangan dan inilah sebenarnya yang menyebabkan kekalutan dasar ekonomi kerajaan PH.

“Ia sehingga terpaksa membatalkan beberapa projek yang banyak memberikan manfaat kepada rakyat di negara ini,” ujar Abdul Rahman lagi. – Mynewshub.TV

Kategori