Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rohingya: Ayuh Menderma Kempen...

300 ribu umat Islam Rohingya kini bertebaran menjadi pelarian dalam krisis kemanusiaan terburuk...

Pakej Jejak Warisan Tingkat...

KUALA TERENGGANU - Jejak Warisan, tarikan pelancongan baharu menggunakan pengangkutan beca tradisional di...

Bekas Wanita Pertama Ivory...

ABIDJAN - Mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas bekas...

Bantuan e-Dompet Diperluas Kepada...

Shah Alam : Kerajaan akan memperluas bantuan e-Dompet 2023 kepada semua mahasiswa di...

Hanya Luluskan Daging Import Daripada 28 Rumah Sembelih

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjelaskan pengimportan daging secara sah perlu diperoleh dari negara dan rumah sembelih yang sudah diperiksa oleh pihaknya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahaja.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rumah sembelih kerbau yang terletak di India. 

Katanya, pengimportan secara sah itu adalah sebagai jaminan keselamatan makanan dan status halal produk berkenaan.

“Sehingga kini, kerajaan sudah meluluskan sebanyak 28 rumah sembelih lembu dari Australia, New Zealand, Argentina, Brazil, Pakistan dan Afrika Selatan.

“Selain itu terdapat juga 11 rumah sembelih kerbau dari India dan Pakistan dengan kesemuanya sudah menjalani pemeriksaan audit oleh DVS, JAKIM dan KKM sebelum kelulusan diberikan,” katanya.

Menurut jabatan itu, kebenaran import hanya diberikan kepada syarikat yang berdaftar dengan pihaknya dan setiap konsainan import perlu dibuktikan dengan dokumen perakuan sah oleh pihak berkuasa negara pengeksport. 

“Antaranya Sijil Kesihatan Veterinar oleh pihak berkuasa Veterinar, Sijil Halal oleh Badan Islam yang diperakui JAKIM serta mendapat kelulusan permit import MAQIS. 


“Setiap konsainan daging yang diimport, setelah melepasi semua prosedur ditetapkan akan menjalani pemeriksaan fizikal dan verifikasi dokumen oleh MAQIS di pintu masuk sebelum diberikan pelepasan memasuki negara,” katanya. 

Tambahnya, pihaknya memandang serius isu penyeludupan daging oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagaimana dibongkar oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia , Jabatan Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan JAKIM baru baru ini.

“Aktiviti penyeludupan dan pembungkusan semula daging yang menyalahi undang-undang pastinya menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif kepada daging yang diimport secara sah melalui sistem kelulusan import ditetapkan kerajaan,” katanya. 

Senarai penuh rumah sembelih mengikut negara sumber yang sudah diluluskan boleh dilayari menerusi laman sesawang di www.dvs.gov.my. – BH Online

Kategori