Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Shahidan: Penguatkuasaan Sosma Perlu...

JERANTUT - Penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) perlu dipertingkat untuk...

Kedah Catat Peningkatan Kes...

ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 9.2 peratus kes demam denggi atau 95...

TRX & Bandar Malaysia...

JOHOR BAHRU - Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul Kanda Kandasamy...

Pekerja Kilang Maut Dilanggar...

SUBANG JAYA - Seorang pekerja kilang lelaki dipercayai ditetak dengan parang oleh sekumpulan...

Daftar Kenderaan Persendirian Jadi Bas Sekolah

PUTRAJAYA – Cadangan Kementerian Pengangkutan untuk mewajibkan pendaftaran kenderaan persendirian yang digunakan sebagai bas sekolah, tidak melibatkan kenderaan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Mengulas mengenai salah faham ibu bapa mengenai cadangan tersebut, beliau berkata langkah itu bertujuan mengawal selia kenderaan persendirian terutamanya van yang digunakan sebagai bas sekolah yang selama ini tidak tertakluk kepada undang-undang.

“Untuk ibu bapa yang hantar anak sendiri ke sekolah dan kadang-kadang anak tumpang juga kereta jiran juga…tiada keperluan untuk daftar.

“Yang kita maksudkan adalah kenderaan berbentuk van khususnya yang boleh membawa 15 sehingga 20 orang murid yang sekarang ini mereka tidak berdaftar tetapi digunakan seolah-olah sebagai bas sekolah,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian, di sini hari ini.

Loke berkata pendekatan yang akan diambil bagi melaksanakan cadangan itu sama dengan pendekatan yang akan digunakan untuk perkhidmatan e-hailing, namun mekanisme pelaksanaannya masih perlu diperhalusi.

Menurut Loke, langkah mendaftarkan kenderaan persendirian terbabit adalah bagi memberi ruang kepada mereka untuk beroperasi secara sah dari segi undang-undang.


“Kita akan bincang dengan pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengenai bagaimana kita hendak laksanakan perubahan ini,” katanya.

Loke berkata cadangan itu diutarakan susulan aduan dalam kalangan pengusaha bas sekolah mengenai aktiviti kenderaan persendirian terbabit yang memberi kesan kepada mereka.

Semalam, Loke dilaporkan sebagai berkata Kementerian Pengangkutan bakal melaksanakan program pemutihan terhadap pengusaha bas sekolah yang tidak berdaftar serta tidak mempunyai permit sah, selewat-lewatnya tahun depan.

Katanya pelaksanaan itu bagi memastikan setiap pengusaha bas sekolah mempunyai permit sah selain memastikan pelajar sekolah yang menggunakan perkhidmatan mereka dilindungi insurans. – BERNAMA

Kategori