Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

5 Lagi Mara Digital...

SHAH ALAM - Sebanyak lima lagi pusat yang menjual barangan teknologi maklumat (IT)...

PKP: Sorok Anak Dalam...

BUTTERWORTH - Tindakan seorang wanita yang mahu merentas daerah dengan menyembunyikan anak tirinya...

Najib Tiba Di Kota...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kota...

Birthday Zizan, Kamal Adli.....

SELAMAT hari jadi diucapkan buat pelakon kacak Kamal Adli dan pelawak terkenal, Zizan Razak.Kalau...

Kerajaan PH Tidak Henti Main Isu Hutang Negara

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) sekali lagi menggunakan isu kewangan negara sebagai alasan mengapa mereka masih belum melunaskan janji yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan bahawa kerajaan masih komited untuk menunaikan janji manifesto yang dibuat sebelum mereka menakluki Putrajaya.

Namun sehingga hari ini masih tiada sebarang tanda perkara ini akan berlaku dan hanya alasan mengenai kewangan negara dimainkan berkali-kali.

Dalam sesi soal jawab ketika melancarkan Program Pemecut Global (GAP) Kohort Kedua siang tadi, Guan Eng meminta rakyat supaya memberikan kerajaan baharu sedikit masa lagi untuk melaksanakan janji-janji berkenaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ujarnya, situasi kewangan negara yang tidak begitu baik sehingga menyebabkan hutang negara mencecah RM1 trilion menjadi penyebab kepada penangguhan itu.

“Kita masih komited untuk melaksanakan janji tapi kita akan melaksanakannya apabila situasi kewangan negara bertambah baik kelak.

“Kita perlukan kedudukan kewangan yang stabil untuk melaksanakan janji dan kita pasti akan melaksanakannya. Saya harap anda akan berikan kita masa,” katanya dalam sesi berkenaan yang diadakan di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Kuala Lumpur, hari ini.

Bukankah mitos mengenai hutang negara mencecah RM1 trilion ini sudah berkali-kali dibuktikan oleh pelbagai pihak sebagai satu kenyataan yang keterlaluan dan dibesar-besarkan?

Malah, ramai orang sudah mengetahui bahawa hutang negara hanyalah sekitar RM686 bilion dan jumlah tersebut menjadi RM1 trilion kerana ditambah komitmen lain serta liabiliti luar jangka.

Jadi, mengapa PH masih mahu memainkan isu yang sama? Mereka kelihatan seperti tiada modal baharu untuk dimainkan. Oleh itu, guna sahaja alasan sama lagi dan lagi.

Dalam pada itu, Guan Eng cuba mengambil kredit mengatakan bahawa PH berjaya melaksanakan janji dalam manifesto mereka iaitu menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pembayaran Bantuan Sara Hidup kepada yang layak.


Perlu diingatkan bahawa GST hanya diletakkan pada kadar sifar atau kosong peratus dan masih lagi belum dimansuhkan sepenuhnya oleh kerajaan. Bila-bila sahaja ia boleh dinaikkan semula.

Bantuan Sara Hidup yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pula merupakan bantuan khas yang telah wujud sejak zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tapi sekarang, PH pula yang mengambil kredit kononnya mereka berjaya memberi bantuan tersebut kepada golongan yang memerlukan. Bukankah zaman Najb juga begitu? Apa yang lainnya?

Guan Eng berkata, kerajaan baharu akan terus menyediakan platform dan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan baharu berkembang di negara ini.

Selain itu, Guan Eng menggesa kerajaan PH memainkan peranan untuk memastikan perniagaan di negara ini boleh berjalan dengan baik dan bukannya terlibat dengan perniagaan yang mengutamakan keuntungan melebihi kepentingan rakyat.

“Saya tidak faham kenapa kerajaan perlu terbabit dalam perniagaan. Ya, perniagaan itu penting tapi tujuan utama kerajaan itu sendiri bukan membuat keuntungan tetapi memudahkan hidup rakyat,” jelasnya.

Diharap kenyataan Guan Eng mengenai perniagaan memudahkan hidup rakyat itu mampu dilaksanakan dan tidak menerima nasib sama seperti manifesto PH yang sehingga kini masih belum ditepati. – MYNEWSHUB.CC

Kategori