Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Bekas Ahli Perniagaan Dihukum...

JOHOR BAHRU - Seorang bekas ahli perniagaan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh...

Pemandu Teksi Didakwa Tunjuk...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

DFTZ, NeSR Akan Tingkatkan...

KUALA LUMPUR - Usaha kerajaan dengan pelancaran inisiatif Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) dan Pelan Hala...

PPZ-MAIWP Teruskan Kempen Galak...

PUSAT Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) meneruskan usaha untuk menggalakkan...

Hanya 2 Bulan Buat Ulang Kaji SPM – Dhabitah

KUALA LUMPUR – Atlet terjun negara yang beraksi di Sukan Olimpik Rio lalu, Nur Dhabitah Sabri, 17, turut menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), bermula semalam.

Nur Dhabitah yang hanya berpeluang mengulang kaji selama dua bulan untuk peperiksaan itu kerana persiapan Olimpik sebelum ini mengambil lapan mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik, Sains Sukan, Tassawur Islam dan Pendidikan Islam.

Nur Dhabitah berkata, meskipun hanya mempunyai masa kira-kira dua bulan saja untuk melakukan persiapan, dia tidak mempunyai pilihan lain selain bekerja keras mengulang kaji pelajaran yang tertinggal.

“Sebagai atlet saya terpaksa akur tuntutan untuk cemerlang dalam setiap kejohanan disertai, namun sebagai pelajar saya turut memasang impian untuk cemerlang dalam bidang akademik.

“Memang sukar untuk menyeimbangi kedua-duanya, namun saya cuba sedaya upaya bagi memastikan hasrat menyambung pelajaran ke universiti tahun depan seperti mana atlet lain tercapai,” katanya ketika dihubungi.

Nur Dhabitah berkata, di antara lapan mata pelajaran yang diambil, dia lebih memberi tumpuan kepada subjek Bahasa Melayu dan Sejarah kerana menganggapnya lebih susah berbanding yang lain.


Untuk itu, dia banyak belajar secara berkumpulan bagi mengulang kaji pelajaran yang tertinggal.

Katanya, dia turut mengambil peluang rehat di antara kertas peperiksaan untuk mengulang kaji bersama guru bagi memastikan setiap soalan dapat dijawab dengan sebaik-baiknya.

“Saya berterima kasih kepada keluarga, rakan sekelas dan cikgu kerana banyak memberikan sokongan serta dorongan semangat untuk menghadapi SPM ini,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori