Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Op Selamat: Polis Kedah...

Alor Setar : Polis Kedah mengeluarkan 13,024 saman dalam tempoh enam hari pelaksanaan...

Juwairiya Dilantik Sebagai Setiausaha...

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli mengesahkan...

Video: “Belum Kahwin Lagi...

RAKAMAN video seorang remaja lelaki menampar muka seorang gadis yang dipercayai teman wanitanya...

SPR Nafi Tidak Berlaku...

PONTIAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan dakwaan pihaknya tidak berlaku...

Hanya 132 Agensi Mohon Lesen Khas Umrah

MELAKA – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerima sebanyak 132 permohonan untuk Lesen Khas Umrah (LKU) setakat 6 Oktober lepas sejak permohonan dibuka 20 September lepas, kata Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata sehingga Rabu lepas, sebanyak 106 syarikat dan agensi pelancongan telah menerima lesen tersebut yang diwajibkan kepada syarikat dan agensi yang mahu menawarkan pakej umrah di negara ini.

Katanya keputusan kelulusan lesen itu akan dimaklumkan secara rasmi melalui laman web www.motac.gov.my selain pemakluman melalui surat rasmi kepada semua syarikat yang berjaya dari semasa ke semasa.

“Dokumen akan disemak melalui tapisan kasar dan halus sejak LKU dibuka untuk permohonan pada 20 September lepas untuk dibawa ke Mesyuarat Pelesenan yang diadakan pada setiap minggu.

“Syarikat atau agensi pelancongan perlu mematuhi undang-undang sedia ada bagi mengelakkan perniagaan mereka terjejas sekali gus membendung kegiatan penipuan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Terdahulu. Mas Ermieyati menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2017 bersempena sambutan Hari Lahir Ke-79 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Pada istiadat itu, seramai 208 orang menerima darjah, bintang dan pingat masing-masing hari ini didahului Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri. – BERNAMA

Kategori