Hantaran Minang Kucing Tunku Azizah 21 Dulang

KUALA LUMPUR – Siapa tidak kenal dengan kaletah ramah Raja Permaisuri Agong (RPA), Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter.

Baru-baru ini Tunku Azizah berkongsikan gambar dua ekor kucing yang baru dibelinya Sabtu yang lalu dan dinamakan ‘Ku Jeling’ dan ‘Ku Juling’.

Semalam Raja Permaisuri Agong memaklumkan kedua-dua kucingnya adalah ‘puteri’ (betina) dalam masa yang sama bergurau sesiapa yang mahu meminang haiwan peliharaannya itu perlu menyediakan 21 hantaran.

“Kucing ku puteri dua-dua…. siapa nak minang, hantarannya 21 dulang ok,” tulis Tunku.

Untuk rekod, kedua-dua ekor kucing itu merupakan baka Scottish Fold dan British Short Hair yang baharu dibeli Tunku Azizah.

Hantarannya dibalas oleh rakyat jelata yang turut bergurau dengannya.

Sehingga kini hantaran tersebut menerima retweet sebanyak 5,800 dan 20,500 likes. – mStar Online

Loading...