Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hari Kebangsaan: PM Singapura...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengutus surat mengucapkan tahniah kepada...

Rais Tegur Sikap Ahli...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim pada...

Syurga Menunggu Mu Anakku,...

BERITA mengenai kematian tragik murid darjah 1, adik Nuri Nadirah Ruslan akibat dipatuk...

Kes Kanak-kanak Dijangkiti COVID-19...

KUALA LUMPUR: Jumlah kanak-kanak yang mendapat jangkitan COVID-19 dalam kategori empat dan lima...

Hantar Makanan Guna Dron Di Cyberjaya

CYBERJAYA – Mulai hujung bulan ini, penduduk di sini bakal menikmati perkhidmatan penghantaran makanan menggunakan dron.

Average Drone Sdn. Bhd. (Average Drone), sebuah syarikat tempatan yang berkecimpung dalam industri dron sejak 2014, merancang untuk mewujudkan khidmat berkenaan dalam masa terdekat dengan kerjasama Futurise, sebuah anak syarikat Cyberview di bawah Kementerian Kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Average Drone, Hamdee Hamdan, berkata pada masa ini perancangan itu adalah projek percubaan selama tiga bulan yang akan membabitkan penghantaran makanan di kawasan berada dalam lingkungan dua kilometer dari bangunan Futurise, di sini.

Beliau berkata, hanya tujuh jenis makanan akan ditawarkan dalam tempoh percubaan itu membabitkan makanan jenis mi, bihun, nasi, burger, sandwic, kuih dan buah-buahan.

“Ini versi percubaan, selepas tiga bulan kita tengok macam mana, selepas itu kita akan tambah jenis makanan,” katanya ketika ditemui pada ekspo MyDroneX di sini, semalam.

Hamdee berkata, pihaknya juga sudah membangunkan aplikasi mudah alih yang masih dalam draf akhir, bagi memudahkan pembeli untuk menempah makanan mereka menerusi aplikasi itu.

Beliau menjangkakan tempoh daripada proses tempahan sehingga makanan itu sampai ke destinasi pesanan, mengambil masa selama 12 minit dan kos penghantaran adalah sebanyak RM2.50 bagi setiap perjalanan.


“Ia bukan banyak berkisar pada harga, tetapi mengenai jangka masa, ramai yang inginkan penghantaran cepat.

“Kita juga sudah membangunkan dron itu boleh diterbangkan pada waktu hujan tetapi bukan dalam situasi hujan lebat,” katanya.

Hamdee berkata, pada masa ini, dron yang mempunyai enam bilah kipas dinamakan ‘Express Food’ dihasilkan syarikatnya itu mampu menampung berat muatan sehingga 800 gram.

“Tetapi sekiranya projek percubaan itu berjaya, kita mempunyai perancangan untuk mengubah suai dron berkenaan sehingga mampu menampung muatan seberat tiga kilogram,” katanya.

Kategori