Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saya Tidak Akan Berundur...

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN #UMNO1. Saya tidak akan tunduk kepada desakan segelintir orang yang...

Cucu Kuan Yew Langsung...

CAPE TOWN – Mengejutkan dunia, lagi-lagi negara sendiri, Singapura yang masih lagi mengharamkan...

Al Waleed Dua Kali...

ANKARA - Bilionair Saudi, Putera Al Waleed bin Talal berkata, dia menyelamatkan calon...

Adun Seri Setia Meninggal...

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia yang juga Anggota...

Hannah Yeoh Memenuhi Prinsip Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Hasrat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh untuk menjadi seorang penganut Kristian yang baik selaras dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam tafsirannya mengenai Rukun Negara berkata, Rukun Negara mahu setiap rakyat Malaysia menjadi penganut agama yang baik kepada agama masing-masing termasuk Kristian, Hindu dan Buddha.

Justeru, beliau mengecam penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff kerana membuat laporan polis ke atas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh berhubung agenda Kristianisasi.

“Ia menunjukkan pembinaan negara Malaysia selepas enam dekad telah tersilap dan mesti diperbetulkan,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman baru-baru ini membuat laporan polis keatas Hannah Yeoh berhubung agenda Kristianisasi DAP seperti yang didakwa terkandung dalam buku tulisan Hannah bertajuk ‘Becoming Hannah’.

Dakwa Kamarul Zaman, Hannah dalam penulisannya mengakui penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian dan menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian.


Penganalisis politik itu turut mendakwa Hannah menyeru Felo Kristian Seberang Laut dan penganut agama Kristian umumnya mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.

Kit Siang dalam kenyataannya bagi mempertahankan Hannah Yeoh bagaimanapun tidak mengulas tentang dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan Kamarul Zaman ke atas Speaker DUN Selangor tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori