Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pendeposit SSPN-i Boleh Buat...

KUALA LUMPUR – Pendeposit SSPN-i kini boleh melakukan transaksi menerusi rangkaian mesin juruwang...

Xiaomi Redmi 2, Telefon...

Xiaomi secara rasmi telah melancarkan Xiaoi Redmi 2, telefon pintar bajet yang dilengkapi...

Bapa Yakinkan Anak Tidak...

BERIKUTAN insiden memilukan berlaku di Paris pada Jumaat lalu, seorang bapa yang cuba...

Menteri, Timb. Menteri Baharu...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin...

Haniff Khatri Nafi Ada Peranan Dalam Kes Video Seks

PETALING JAYA – Peguam Haniff Khatri Abdulla hari ini menolak andaian mengenai campur tangannya dalam satu video seks membabitkan seorang pemimpin kanan PKR atau dakwaan beliau tidak membuat apa-apa kenyataan berhubung kes berkenaan.

Katanya, pada bulan lepas beliau mempersoalkan kenapa tidak ada kemas kini ke atas siasatan polis mengenai video seks tersebut yang pertama kali tular pada Julai.

“Siasatan bermula 5 bulan lepas, dan tanpa perkembangan siasatan dimaklumkan kepada orang ramai, maka ia menimbulkan persepsi kononnya ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang mencampuri secara salah dalam memberhentikan siasatan,” katanya dalam satu video di laman Facebook miliknya.

Berikutan kenyataan itu katanya, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed memberi respons balas segera dengan berkata, polis kini menunggu pendapat pakar dari Amerika Syarikat berhubung kesahihan video tersebut dan keputusannya akan diketahui menjelang akhir tahun.

Haniff menolak spekulasi beliau terlibat dalam kes video seks itu kerana pernah mewakili Dr. Mahathir Mohamad dalam beberapa kes dan kini mewakili bekas penyelidik Muhammed Yusoff Rawther yang membuat dakwaan serangan seksual.

“Jika saya terlibat (dalam video seks) kenapa pula saya mempersoalkan polis dan Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata, wujud khabar angin mengenai campur tangan dalam kes video seks kerana ia melibatkan timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, yang menafikan penglibatan beliau, dan khabar angin sama mengenai konspirasi politik dalam kes Yusoff Rawther kerana ia mengaitkan presiden PKR Anwar Ibrahim.


Awal bulan ini Yusoff membuat satu laporan polis dengan melampirkan satu akuan berkanun yang mendakwa beliau diserang secara seksual oleh Anwar, yang dinafikan oleh presiden PKR itu.

Polis telah merakamkan kenyataan Anwar di Bukit Aman.

Haniff berkata, sesetengah pemimpin dalam jemaah Kabinet lebih berminat tentang siapakah yang akan menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

Katanya, individu ini sepatutnya memberi perhatian kepada tanggungjawab mereka menggubal dasar kerajaan dan membantu Mahathir membaiki pentadbiran negara. – FMT

Kategori