Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Throne Of Thorns’, Gabungan...

KUALA LUMPUR - Satu usaha yang berani dan luar biasa - mengadun karya...

Loji Rawatan Air Bukit...

KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air Bukit Tampoi yang ditutup pada 8.30 malam...

Gadis Jepun Tidur Semasa...

TOKYO - Selepas masyarakat Jepun dikejutkan dengan kajian terbaharu yang mendapati separuh daripada...

Anjur Perhimpunan RUU 355:...

KUALA LUMPUR - Pengumuman PAS mahu mengadakan perhimpunan secara besar-besaran bagi menyokong pindaan...

Hamzah Zainuddin Positif COVID-19

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan positif COVID-19 hari ini dan akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan serta pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin berkenaan, Hamzah akan memantau serta memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar.

“Sehubungan itu, semua kontak beliau bermula 8 sehingga 11 Januari lalu diminta tampil ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat untuk melakukan saringan COVID-19. 

“Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan ini,” katanya.

Sebelum ini, semua menteri Kabinet dilapor akan menjalani ujian saringan COVID-19, susulan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif.

Selain Jemaah Menteri, turut diarah menjalani ujian saringan ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan semua yang hadir dalam mesyuarat parti itu, Rabu lalu. – BH Online

Kategori