Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Gajah Naik Minyak Di...

Kerala - Satu majlis keagamaan menjadi kecoh apabila seekor gajah naik minyak, membelit...

PAN Berhasrat Letak Islam...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) berhasrat menempatkan Islam duduk di hadapan...

Lebih 400 Sertai Treasure...

KUALA LUMPUR - Lebih 400 peserta menyertai program Treasure Hunt Wilayah Persekutuan, yang...

13 Pelajar Sesat Di...

REMBAU - Tiga belas pelajar Fakulti Sains Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM)...

Hampir Sejuta Pengguna Dapat Manfaat

KUALA LUMPUR – Inisiatif kerajaan memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan bagi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai tahun depan boleh memberi manfaat kepada hampir sejuta pengguna.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini, berkata inisiatif tersebut juga dapat menggalakkan warga kota memanfaatkan perkhidmatan pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas yang secara langsung mengurangkan jumlah kenderaan dan merealisasikan aspirasi kerajaan ke arah Kuala Lumpur bandar raya bebas karbon.

Menurut kenyataan itu Prasarana bertekad untuk membaiki jaringan perkhidmatan basnya dengan menggunakan sepenuhnya aset terkini yang merangkumi 1,131 bas Rapid KL, 408 bas Rapid Penang, 69 bas Rapid Kuantan dan 300 bas perantara Transit Aliran Massa (MRT).

Prasarana turut bersedia bekerjasama dengan syarikat bas swasta untuk menguruskan laluan dan perkhidmatan serta mengawal kos bagi memaksimumkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan tersebut.

Selain itu, Lim berkata pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan bagi bas RapidKL sahaja juga disediakan.


Sementara itu, Prasarana menyambut baik usaha kerajaan memperuntukkan RM20 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memberi perkhidmatan Bas Go KL secara percuma yang dijangka dapat meliputi lebih banyak stesen transit rel dan hab bas utama di ibu kota.

Selain itu, Prasarana juga mengalu-alukan hasrat kerajaan meneruskan projek LRT 3 sepanjang 37 kilometer dengan pengurangan kos daripada RM31.6 bilion kepada RM16.6 bilion.

Syarikat itu juga yakin projek LRT 3 akan melengkapkan rangkaian pengangkutan awam bandar bagi koridor Bandar Utama melalui Shah Alam hingga ke Klang. – BERNAMA

Kategori