Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Khidmat Terbaik Kepada Rakyat...

MELAKA – Mampu memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat merupakan kriteria utama bagi...

Bekas Jurutera JKR Kulai...

JOHOR BAHRU - Bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kulai didakwa di...

Waran Tangkap Terhadap Kim...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan waran tangkap terhadap pekerja syarikat...

Rumah Mampu Milik Tanggungjawab...

KUALA LUMPUR - Perumahan mampu milik yang sesuai adalah asas kepada kesihatan dan...

Hamas Ancam Lancar Serangan Roket Ke Israel

GAZA – Hamas mengancam melancarkan lebih banyak serangan roket terhadap Israel, jika rejim zionis itu terus meningkatkan serangan udara di Semenanung Gaza, lapor Xinhua.

“Jika Israel terus cuba menceroboh lebih banyak kawasan, mereka akan berdepan serangan roket kami,” kata jurucakap Briged Abu Sayeed al-Qassam, Abu Obeida pada Isnin.

Ketegangan antara Israel dan kumpulan militan di Gaza memuncak sejak malam Ahad, apabila 10 pejuang Palestin dan seorang pegawai tentera Israel terbunuh dalam pertempuran membabitkan kedua-dua pihak.

Pada petang Isnin, pesawat perang Israel memusnahkan tiga buah rumah milik pemimpin Hamas dan kawasan pembinaan saluran TV al-Aqsa Hamas di Gaza.

Media tempatan melaporkan Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sedang berusaha memulihkan keadaan di kawasan itu. Bagaimanapun, usaha gencatan senjata masih menemui jalan buntu. – BERNAMA

Kategori