Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Demi Zuriat, Sarimah Ibrahim...

PENGACARA kacukan Irish-Melayu, Sarimah Ibrahim mengakui bersedia melakukan proses perubatan alternatif menerusi rawatan...

7 Individu Direman Bantu...

PUTRAJAYA - Tujuh individu termasuk dua pegawai kanan syarikat hartanah direman lima hari...

Nabil Tunggu Komen Netizen,...

PENGACARA, Nabil Ahmad mengakui akan bersikap terbuka menerima teguran dan pandangan yang diberikan...

Tindakan Bakar Harumanis Tidak...

KANGAR - Jabatan Pertanian Negeri Perlis kesal dengan tindakan seorang pengusaha mangga Harumanis...

Halang Naik Pangkat, Tukar, Punca ‘Takut’ Lapor Rasuah

KUALA LUMPUR – Halangan kenaikan pangkat, pertukaran dan gangguan dalam jadual pekerjaan, antara tekanan diberikan kepada penjawat awam yang melaporkan aktiviti rasuah dalam jabatan dan agensi kerajaan.

Tekanan ini mengakibatkan ramai penjawat awam hari ini ‘takut’ untuk melaporkan aktiviti rasuah itu kepada pihak atasan apatah lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ekoran bimbang karier mereka tergugat. 

Presiden CUEPACS, Adnan Mat, berkata tekanan itu juga menjadi punca mengapa laporan kes rasuah dalam kalangan penjawat awam sendiri rendah.

“Ada dalam kalangan ketua perkhidmatan akan memberi tekanan kepada penjawat awam antaranya membabitkan kenaikan pangkat, kesusahan dalam bentuk jadual kerja, skop tugas dan pertukaran menyusahkan. 

“Perkara-perkara inilah yang berlaku menyebabkan ramai penjawat awam enggan melaporkan kesalahan rasuah berikutan kesukaran yang akan dialami mereka pada masa hadapan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan SPRM mendedahkan hanya 0.01 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam berani tampil melaporkan perbuatan rasuah dalam jabatan dan agensi masing-masing.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil, berkata angka itu masih rendah dalam usaha sifar rasuah dalam perkhidmatan awam dapat direalisasikan.


Shamshun berkata, walaupun insentif disediakan kepada penjawat awam melaporkan kes rasuah, data suruhanjaya itu menunjukkan hanya 343 penjawat awam tampil memberi maklumat antara 2012 hingga tahun lepas.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, penjawat awam seharusnya tidak gentar untuk melaporkan salah laku rasuah kerana kegiatan itu menjejaskan keseluruhan integriti kumpulan penjawat awam. 

“Pelbagai cara boleh dilakukan untuk melaporkan kesalahan rasuah antaranya melakukan laporan kepada Suruhanjaya Integriti Penguatkuasa yang akan menyiasat setiap laporan itu secara telus,” katanya. 

Kata Adnan, salah laku rasuah dalam kalangan penjawat awam adalah rendah dan terpencil kerana hanya membabitkan 0.15 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam seluruh negara. 

“Hakikat sebenar jumlah penjawat awam tidak menerima rasuah adalah lebih ramai daripada mereka mengambil rasuah. Yang baik dan berintegriti lebih ramai daripada yang tidak baik,” katanya. – BH Online

Kategori