Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Terima SMS Nak Menipu?...

Kami percaya ramai antara kita pernah menerima mesej pesanan ringkas (SMS) yang nampak...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menurun kepada 2,298 orang...

Liga Super: Negeri Sembilan...

SEREMBAN - Pasukan Negeri Sembilan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super setelah...

Pangkat Dalam Parti Tiada...

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta ahli dan kepemimpinan UMNO supaya tidak...

Hajiji Angkat Sumpah Sebagai ADUN

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Majlis angkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya itu berlangsung pada pukul 11.20 pagi tadi.

Hajiji yang juga ADUN Sulaman mengangkat sumpah hari ini selepas tidak dapat hadir dalam majlis sama yang diadakan pada 9 Okt lalu kerana sedang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu setelah terdedah kepada individu didapati positif COVID-19.

Turut mengangkat sumpah hari ini ialah ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong; serta dua lagi ADUN Dilantik iaitu Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Amisah Yassin.

Bagaimanapun, ADUN Bugaya Manis Buka Mohd Darah tidak dapat hadir kerana masih menjalani tempoh kuarantin di hospital.


Sebelum ini, seramai 70 ADUN dan empat ADUN Dilantik mengangkat sumpah.

DUN Sabah mempunyai 73 ADUN dipilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September lepas, dan enam ADUN Dilantik. – BERNAMA

Kategori