Hafiz Selamat Bertunang Dengan Ibu Tunggal

PENYANYI Hafiz Hamidun selamat melangsungkan majlis pertunangannya dengan kekasih, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin, 30, sebentar tadi.

Majlis pertunangan pasangan itu diadakan di Shah Alam, Selangor.

Ibu Hafiz, Laila Sarji menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis bakal menantunya yang menggayakan persalinan rona peach pada majlis tersebut.

Hafiz, 33, menyerahkan lima dulang berbalas tujuh dulang hantaran pada majlis penuh meriah itu.

Tunang Hafiz merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang cahaya mata, Arryan Firdaus hasil perkahwinan terdahulu.

Hafiz Selamat Bertunang Dengan Ibu Tunggal

Hafiz Selamat Bertunang Dengan Ibu Tunggal

Mengikut perancangan, Hafiz bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mei ini dan majlis raja seharinya akan berlangsung di The Venue, Shah Alam. – MYNEWSHUB.CC

Loading...