Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masih Ada 40% Tiket...

KUALA LUMPUR - Warga kota yang ingin pulang ke kampung bersempena sambutan Deepavali...

Kesatuan Umat Islam Kunci...

KRABI (Selatan Thai) - Kesatuan umat Islam yang merentasi sempadan negara, bangsa, bahasa...

Lawatan Anifah Ke Arab...

KUALA LUMPUR - Perjumpaan antara Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan rakan...

Malaysia Tak Layak Terima...

IPOH - Malaysia tidak layak menerima vaksin percuma dari negara luar termasuk dari...

Hafidz Roshdi Idam 4 Cahaya Mata Serikan Rumah Tangga

SUDAH menjadi kelaziman bagi setiap pasangan yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga punya hasrat untuk menimang cahaya mata bagi melengkapkan mahligai yang dibina.

Begitulah yang diidamkan oleh pelakon baharu Hafidz Roshdi yang baru sahaja melangsungkan pernikahan April lalu.

Tahniah Hafidz Roshdi Selamat Diijabkabul Dengan Pasangan

Menurut pelakon Tundukkan Playboy Itu, dia menginginkan empat cahaya mata namun menyerahkan segalanya kepada kuasa takdir sama ada lambat atau cepat.

“Saya ikut rezeki dapat anak bila. Saya sudah mempunyai perancangan kalau boleh mahukan empat orang anak. Tapi itu semua bergantung pada rezeki,” katanya kepada sebuah portal.

Selain itu, Hafidz juga memberitahu bahawa dia bakal berbulan madu di Medan, Indonesia pada minggu hadapan malah dia turut meluahkan keterujaan untuk menjalankan ibadah tarawih dan puasa bersama isteri tercinta.

Hafidz Roshdi Idam 4 Cahaya Mata Serikan Rumah Tangga


“Saya rancang untuk berpuasa dan bertarawih bersama isteri disebabkan saya bercuti daripada menjalankan penggambaran. Rasa begitu teruja sekali,” ujarnya.

Difahamkan pelakon berusia 22 tahun ini juga ingin mengurangkan adegan bersentuhan dengan bukan mahram atas statusnya sebagai seorang suami dan bukan atas ‘desakan’ isterinya.

Hafidz Roshdi Idam 4 Cahaya Mata Serikan Rumah Tangga
Hafidz Roshdi

“Kalau boleh nak elakkan adegan bersentuhan itu sahaja. Saya nak cakap untuk mengelakkan terus takut terpegang dan tersentuh juga jadi saya lebih suka untuk mengurangkan adegan itu.

“Saya buat perkara ini bukan disebabkan isteri tetapi atas status saya sebagai suami,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori