Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Saya Tidak Terima Surat...

KUALA LUMPUR - Bekas Ratu Cantik Rusia yang dikaitkan sebagai isteri Sultan Kelantan,...

45 Individu Ditahan Dalam...

KUALA LUMPUR - Seramai 45 individu terdiri daripada operator dan kaki judi ditahan...

Asiad: Keputusan Rayuan CAS...

INCHEON - Keputusan rayuan berhubung penarikan balik pingat emas kontinjen negara dalam acara...

Ramai Pelarian Rohingya Dijangka...

SEPANG - Polis tidak menolak kemungkinan terdapat kemasukan lebih ramai pelarian etnik Rohingya...

Hadkan Tempoh Jawatan MB Tak Perlu Pindaan

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor berpendapat tiada keperluan untuk mengadakan pindaan bagi memasukkan klausa yang mengehadkan jawatan Menteri Besar tidak lebih dua penggal.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata ini kerana kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan berpegang kepada prinsip dan dasar pentadbiran sekali gus pindaan itu tidak perlu dilakukan jika semata-mata mahu menunjukkan keikhlasan dan kejujuran kepada rakyat.

“Mengenai tawaran dalam manifesto iaitu mengehadkan jawatan Menteri Besar tidak lebih dua penggal, secara asasnya kami di pihak PH telah mencapai persetujuan bersama untuk memberikan tempoh maksimum dua penggal untuk jawatan Menteri Besar mentadbir.

“Tempoh ini dirasakan paling sesuai untuk melaksanakan segala pelan pembangunan yang dirancang.

“Ini juga dipersetujui di peringkat persekutuan di mana seseorang yang memegang jawatan Perdana Menteri juga tidak boleh melebihi tempoh dua penggal,” katanya pada ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.

Osman berkata had masa tersebut juga dibuat bagi memastikan ketelusan dalam urusan pentadbiran selain dicapai secara konsensus kepimpinan tertinggi PH yang melibatkan empat parti.

Sementara itu, mengenai pemilihan ketua kampung, beliau berkata ia akan selesai tidak lama lagi dengan kerajaan Johor akan mengumumkan pelantikan untuk 674 jawatan kosong itu menjelang Sept ini.

Menurut Osman, pemilihan ketua kampung mengambil sedikit masa bagi memastikan setiap individu yang dilantik benar-benar layak untuk berkhidmat kepada masyarakat.


“Walaupun ketika ini jawatan ketua kampung masih belum di isi oleh mana-mana individu lagi, kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan untuk semua penghulu di setiap DUN bagi menggalas sementara tanggungjawab berkenaan, sekali gus melancarkan proses sokongan kerajaan negeri untuk manfaat masyarakat,” katanya.

Osman berkata kerajaan negeri sudah membuat temuduga secara terbuka yang lebih telus dan tidak melibatkan individu daripada parti politik sebagai panel temuduga.

Katanya ia hanya melibatkan Pegawai Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah dan kadi daerah.

“Ini membuktikan kerajaan negeri Johor yang baharu ini tidak sama seperti kerajaan yang lalu, mempolitikkan pemilihan ketua kampung dengan melibatkan ketua bahagian atau ahli politik dalam pemilihan ketua kampung.

“Perkara seperti ini tidak akan berlaku dalam sistem pentadbiran di bawah pimpinan saya sebagai Menteri Besar Johor. Kerajaan Negeri akan pastikan individu yang layak berdasarkan merit akan dipilih sebagai ketua kampung bukan hanya berdasarkan politik semata-mata,” katanya. – BERNAMA

Kategori