Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PM Sambut Hari Jadi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menyambut...

Henti Tular Berita Palsu...

MELAKA – Rakyat Malaysia perlu menghentikan penyebaran berita palsu melalui laman sosial, yang...

Wanita Bertudung Jual Nasi...

GAMBAR viral yang memaparkan seorang wanita bertudung tetapi berniaga nasi berlaukkan daging khinzir,...

Ude Upload Gambar Bekal...

GELARAN 'Lelaki Paling Kalis Kecaman Netizen' di Malaysia selayaknya diberikan kepada suami pelakon...

Hadi Pernah Dicampak Dari Kerajaan Terengganu

KUALA LUMPUR – “Betapa sombong dan angkuhnya Presiden dan Ulama PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kata beliau, Abdul Hadi berhak untuk menolak kerjasama dengan DAP, tetapi tidak berhak memutarbelitkan fakta politik untuk mewajarkan keputusan itu.

Justeru, katanya, Abdul Hadi perlu `cermin diri’ apabila mendakwa DAP gagal menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang sebagai alasan menolak kerjasama tersebut.

“Jangan-jangan Abdul Hadi terlupa, DAP yang memimpin Pakatan Rakyat memenangi 30 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 berbanding 29 kerusi pada PRU 2008.

“Abdul Hadi sebaliknya dicampak keluar dari kerajaan Terengganu selepas satu penggal menjadi Menteri Besar. (Lagipun) Terima kasih kepada gelombang “reformasi” Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada tahun 1999 maka Abdul Hadi dapat menjadi Menteri Besar Terengganu,” sindirnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Kit Siang mencabar Abdul Hadi menjelaskan perbezaan ketara sokongan yang diterima oleh DAP di Pulau Pinang dan pengalaman memalukan beliau menjadi Menteri Besar Terengganu cuma sepenggal.

Semalam, Abdul Hadi dipetik berkata, DAP telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri itu.

Justeru, kata Abdul Hadi, PAS tidak dapat menerima pelawaan Pakatan Harapan untuk kembali bekerjasama kerana agenda DAP dan PAS jauh berbeza.


Pakatan Harapan sejak akhir tahun lalu berusaha memujuk PAS kembali bersengkongkol dengan mereka bagi menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO dalam PRU akan datang.

PAS yang disingkirkan daripada pakatan pembangkang dua tahun lalu oleh DAP dan PKR kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam bagaimanapun menolak pujukan itu.

Pakatan Harapan kembali memujuk PAS selepas menyedari sokongan sebilangan umat Islam ke atas mereka mula berkurangan sejurus menyingkirkan PAS.

Abdul Hadi pernah memegang jawatan Menteri Besar Terengganu bermula tahun 1999 selepas PAS berjaya memenangi negeri itu pada PRU1999.

Bagaimanapun, UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali menawan negeri itu dalam PRU2004 menyebabkan Abdul Hadi hilang jawatan Menteri Besar. – MYNEWSHUB.CC

Kategori