Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemalsuan Dokumen, 3 Warga...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dan dua wanita warga Indonesia ditahan dipercayai aktif...

Buku Tulisan Nana Menang...

KUALA LUMPUR - Buku autobiografi tulisan penyanyi, Siti Nordiana Alias yang bertajuk Lifes...

Ram Karpal Kena Sekolah...

SEPERTI yang diketahui, rakyat Pulau Pinang tatkala ini sedang ditimpa musibah yang amat...

Pegawai Tentera Dikhuatiri Lemas...

SEREMBAN - Seorang pegawai tentera dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong di...

Hadap Telefon 20 Jam, Darah Beku Dalam Otak Wanita

SEORANG wanita China menderita pendarahan dalam otak gara-gara melihat skrin telefon pintarnya selama 20 jam berturut-turut ketika menaiki kereta api, lapor akhbar tempatan.

Wanita berusia 47 tahun itu menaiki kereta api daripada kampung halamannya di daerah Henan ke bandar raya Guangzhou selepas sambutan Tahun Baru Cina, lapor Kankan News pada Selasa.

Seperti penumpang lain, dia menggunakan telefon bimbitnya untuk menghabiskan masa terluang semasa dalam perjalanannya yang agak lama.

Tren tersebut sarat dengan penumpang, yang membuatkan dia susah untuk bergerak, dan dia terpaksa berdiri dengan postur yang sama iaitu meletakkan tangan kanannya ke bawah dagu selama 20 jam perjalanan tersebut.

Dia kemudiannya jatuh pengsan sejurus selepas turun daripada kereta api dan digegaskan ke hospital, di mana imbasan CAT menjumpai beberapa ketulan darah beku di dalam otaknya.

Doktor melakukan pembedahan selama tiga jam dengan segera mengeluarkan ketulan darah itu bagi elak daripada berlaku lebih banyak darah beku tersumbat — yang akan mengakibatkan maut jika tidak dikeluarkan segera.


“Kami keluarkan banyak ketulan darah, hanpir 2 sentimeter kesemuanya; dua kali ganda daripada apa yang biasanya dihadapi pesakit lain,” kata Meng Heng, pakar neurologi dari First Affiliated Hospital di Universiti Jinan, Guangzhou.

“Mungkin kerana dia mengekalkan posisi yang sama terlalu lama, yang mengakibatkan saluran darah di tepi tengkuknya tertekan,” kata Meng Heng lagi.

Wanita berkenaan juga tidak menghidap apa-apa penyakit kronik sebelum ini dan dalam keadaan sihat sebelum kejadian itu berlaku.

Sementara itu, wanita terbabit kini sedang berehat di hospital — sekali lagi sambil-sambil bermain telefon pintarnya ketika waktu senggang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori