Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kereta Klasik Hampir 1...

LANGKAWI - Sebuah kereta Rolls Royce Phantom 1 keluaran tahun 1926 adalah antara...

AirAsia X Terbang Semula...

SYDNEY - Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata AirAsia X...

Pasangan Suami Isteri Direman...

KANGAR: Pasangan suami isteri ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kes mendera seorang...

Pengeluar Pakaian Mohon Maaf...

SUSULAN isu ibu muda ambil gambar selfie sedang menyusukan anak lalu dimuat naik...

Guru Wanita Rugi RM358,350 Diperdaya Sindiket Parcel Scam

BALIK PULAU – Seorang guru wanita kerugian RM358,350 selepas menjadi mangsa penipuan Parcel Scam di sini baru-baru ini, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan.

Anbalagan berkata mangsa berusia 53 tahun dikatakan terjerat dalam penipuan itu selepas dia menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Khalid’ iaitu pegawai sebuah syarikat kurier pada Ogos lepas.

“Mangsa yang menerima panggilan ketika berada di sebuah sekolah di Teluk Kumbar di sini, dimaklumkan bahawa dia perlu membuat pembayaran bagi satu bungkusan yang dikirimkan kepadanya,” katanya di sini hari ini.

Anbalagan berkata mangsa kemudiannya terus diperdaya apabila diberitahu suspek bahawa bungkusan yang mengandungi wang tunai sebanyak AUD$150,000 (RM441,648) itu ditahan pihak kastam dan jika mangsa tidak menyelesaikan masalah tersebut maka akan dikenakan hukuman di bawah Akta Pengubahan Wang Haram oleh pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Mangsa yang ketakutan telah diarahkan untuk membuat pembayaran dan dia membuat 10 transaksi di beberapa mesin ATM di sekitar daerah ini sejak Ogos sehingga Oktober lalu yang kesemuanya berjumlah RM358,350,” katanya.


Beliau berkata siasatan pihaknya mendapati transaksi berkenaan dibuat ke atas nama beberapa individu yang didakwa bagi melakukan pelbagai urusan termasuklah untuk membawa keluar bungkusan itu.

Katanya suspek terus memperdayakan mangsa apabila memaklumkan bahawa bungkusan tersebut sudah tiba di ibu pejabat syarikat kurier berkenaan di Kuala Lumpur dan mangsa perlu membuat pembayaran tambahan namun guru itu menyedari ditipu sindiket tersebut sebelum membuat laporan polis dua hari lepas. – BERNAMA

Kategori