Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SST Diperkenalkan Semula Dalam...

KUALA LUMPUR – Pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan dalam...

MPN Mahu Kerajaan Selesai...

KUALA LUMPUR - Majlis Pemulihan Negara (MPN) terus memberi tekanan kepada kerajaan agar...

Che Ta Bengang Jadi...

KES menggunakan gambar wajah artis tempatan bagi melariskan produk kecantikan tanpa kebenaran boleh dikatakan...

Mahkamah Tinggi Rujuk Kes...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini merujuk kes bekas Naib Ketua UMNO...

Guru Rotan Pelajar: Patutlah Anak Biadab…

KUALA LUMPUR – Video seorang ibu berhadapan dan memarahi seorang guru yang merotan anaknya sehingga meninggalkan kesan di lengan dan betis mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Kebanyakkan warganet tidak bersetuju dengan sikap ibu pelajar berkenaan yang memarahi guru tersebut sedangkan anaknya dirotan kerana berkelakuan biadab terhadap guru terbabit.

“Patut la anak biadap, tengok la cara mak dia bercakap pakai (you) bagai. Kebanyakkan pelajar yang biadab ni memang ajaran salah dari mak bapak. Jangan salahkan guru dan orang sekeliling bila anak tidak pandai hormat orang tua,” kata Lemon Sour.

“Mak tak tau malu, buat benda viral ni sedangkan anaknya yang buat salah dulu. Siapa tak pernah dirotan masa kecil, ni small kes saje bagi aku. Anak manja,” kata Lee Joshua.

“Kalau biadab dengan cikgu memanglah kena rotan macam tu. Kalau aku di tempat cikgu tersebut mestilah aku marah,” komen Mak AIden.

“Tindakan guru wajar. Pelajar yang kurang ajar dengan sokongan ibu bapa seharusnya dtukar ke sekolah swasta,” kata Moh Ulu Mah.

Bagaimanapun ada kalangan warganet yang tidak menyokong tindakan guru tersebut yang dilihat beremosi ketika merotan murid.

“Pelajar perempuan tidak boleh dirotan. Ada pelbagai cara untuk mengendali kelakuan biadab murid sebelum mengambil rotan. Sudah agak guru akan menghadap situasi sebegitu. Sebelum ambil sumpah jadi cikgu dan dah memilih kerjaya tu kenalah ikut. Bila benda ini kena pada anak perempuan kita. Kita tengok apa reaksi kita dalam hal tu,” kata Jay Gam.


“Apa yang budak tu belajar dari episod ini? Dia akan belajar tak puas hati bertindak ganas. Nanti balik dia tak puas hati dengan adik beradik dia sepak pukul. Dah cikgu ajar macam tu. Bila besar ada orang hon kereta tak puas hati hempuk dengan helmet. Yelah dah cikgu mengajar dengan keganasan. Tak ikut perbuatan cikgu dikira kurang diajar pulak,” komen M Yazid AS.

“Sebagai cikgu saya bersimpati dengan apa yang berlaku. Cuma bab rotan memang kena ikut peraturan yang ditetapkan. Prosedur siasatan dan hukuman perlu dijalankan mengikut turutan. Apapun benda dah terjadi dan viral. Moga kedua pihak dapat diselesaikan dengan jalan yang terbaik,” kata Hashim Zakaria.

Dalam video berkenaan, guru tersebut menerangkan kepada ibu pelajar itu bahawa anaknya dirotan kerana bersikap kurang ajar selepas melemparkan perkataan biadab kepada beliau.

Namun ibu pelajar berkenaan mempertikaikan tindakan guru terbabit yang merotan anaknya sehingga meninggalkan kesan terhadap tubuh pelajar itu.

“Dia cakap sama you (kamu) saja ma. Cakap ma. Dia ada pukul you (kamu) tak. Dah cakap sama you sorry, kenapa kamu nak… Kalau dia ada pukul you (kamu), kamu pukul dia tak apa. Jangan macam ini,” kata wanita itu dalam video berkenaan.

Difahamkan, guru lelaki berkenaan merotan pelajar perempuan itu disebabkan pelajar itu bersikap kurang ajar menggelarkan cikgu berkenaan sebagai pondan. – UTUSAN ONLINE

Kategori