Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun M Letak Jawatan...

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah...

RUU Sewa Kediaman Dibentang...

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Sewaan Kediaman yang akan mengawal selia hubungan...

Pemantauan Program Seragam Harga...

KUALA LUMPUR - Pemantauan lebih menyeluruh diperlukan bagi memastikan Program Penyeragaman Harga Barang...

Tiada Anggota Polis Perak...

IPOH - Tiada anggota polis kontinjen Perak terlibat dalam sebarang aktiviti yang mempunyai...

Guru Jadi Mangsa Macau Scam Rugi RM20,000

SIBU – Meskipun sudah banyak disiarkan di akhbar dan peringatan berterusan pihak polis, masih ada yang menjadi mangsa penipuan Macau atau “Macau Scam”.

Kes terbaharu melibatkan seorang guru wanita berusia 49 tahun yang kerugian RM20,000 selepas ditipu penjenayah tersebut pada Khamis lalu.

Mangsa dalam laporannya kepada pihak polis di sini semalam berkata, beliau telah menerima panggilan daripada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai seorang peguam dari Mahkamah Pulau Pinang yang menyatakan beliau mempunai tunggakan GST sebanyak RM98,000.

Panggilan mangsa kemudiannya disambungkan kepada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan polis dari bahagian aduan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Mangsa memberitahu ‘polis’ tersebut beliau tidak memiliki sebarang syarikat mahupun mempunyai tunggakan GST.

“Suspek meminta nombor kad pengenalan mangsa untuk membuat semakan dan apabila semakan dibuat suspek memberitahu nama mangsa telah disenaraikan salah seorang daripada 200 orang yang disyaki terlibat dengan kes jualan dadah dan juga kes judi.

“Suspek memberitahu perlu meminta pegawai atasannya untuk membuat semakan lebih lanjut tetapi mangsa perlu membayar RM20,000 untuk bayaran semakan kes jenayah tersebut,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak SAC Dennis Leong Soon Kuai dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Leong, mangsa telah memberikan nombor akaun dan nombor kata laluan kad banknya kepada suspek kerana tidak dapat keluar untuk membuat pembayaran wang tersebut.

Pada hari yang sama katanya, mangsa mendapati wang di dalam akaun miliknya telah berkurangan sebanyak RM20,000 dipercayai dipindahkan ke akaun lain.


Mangsa turut menerima beberapa mesej daripada suspek berupa notis waran tangkap daripada Mahkamah Pulau Pinang dan juga dari Jabatan Audit Putrajaya dan hanya setelah meneliti mesej mangsa sedar dirinya ditipu.

Nasib menyebelahi seorang pengurus syarikat berusia 53 tahun yang cuba ditipu penjenayah menggunakan taktik yang sama semalam.

Beliau yang menerima panggilan dari seorang wanita dari Mahkamah Tinggi Kuching diberitahu syarikatnya mempunyai tunggak bayaran GST yang sama seperti mangsa pertama.

Mangsa juga diberitahu beliau terlibat dalam kes dadah dan judi yang sama namun apabila mangsa memberitahu beliau akan membuat laporan polis berkaitan perkara itu di Balai Polis Sentral Sibu, beliau diberi amaran akan ditangkap dan dipenjara selama enam bulan kerana membocorkan kes itu.

“Pengadu yang percaya panggilan tersebut adalah daripada sindiket penipuan online terus membuat laporan polis dan berjaya mengelakkan dirinya daripada ditipu,” kata Leong.

Orang ramai dinasihati berhubung segera denga pihak polis terdekat mereka sekiranya menerima panggilan yang serupa. – BERNAMA

Kategori